18 Ogos 2015

# Vitamin C

Apakah Kebaikan Vitamin C?

Tahukah anda Vitamin C memberi banyak kebaikan kepada kita?? 

Vitamin C sangat diperlukan tubuh badan kita sehari-hari. Ia memberi manfaat kepada KULIT, RAMBUT dan BADAN kita secara semulajadi. 

Pendek kata, Vitamin C nie jugak la salah satu Vitamin kegemaran Aida lebih kurang setahun yang lepas iaitu selepas menjadi Ahli Shaklee, Aida terus ambil Vitamin C sebagai suplemen pertama Aida sehingga la sekarang. 

Alhamdulillah banyak perubahan yang berlaku sepanjang setahun lebih Aida amalkan pengambilan Vitamin C ni. Kulit bertambah-tambah cantik, licin dan gebu. Biasalah.. Gadis mesti la nak bercantik-cantik kan. Di bawah nie wajah Aida sebelum dan selepas consume Vitamin C Shaklee.

Kulit Kusam Berjerawat?? Kini Tiada Lagi (^_^)

Vitamin C juga merupakan vitamin yang paling popular di kalangan vitamin lain. Badan kita tidak dapat menghasilkan Vitamin C tapi badan kita memerlukan banyak Vitamin C bermula dari hujung rambut sehingga hujung kaki sebab ia penting untuk tumbesaran dan memperbaiki sel.


Jom kita semak 25 kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut !!

1) Imunisasi / Daya Tahan

Pengambilan dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada pesakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protien penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang dimakan boleh bantu cepat baiki luka, ia juga boeh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

2) Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

3) Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yang memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.


4) Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh  merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan  tekanan darah tinggi.

5) Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6) Keracunan Plumbum

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak. Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa  pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

7) Untuk Kurus

Vitamin C juga telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yang ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.

8) Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.

9) Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

10) Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon / usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik.Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.

11) Tenaga

Vitamin C mengimbangi sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.


12) Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebas dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh  diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkan sakit jantung dan strok.

13) Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.

14) Asma

Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan pengambilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.


15) Perlindungan dari Matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemuran pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

16) Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponan hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit menjadi gebu dan warna tona kulit pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.


17) Penyembuhan Luka

Badan yang menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

18) Melindungi dari Perubahan Warna Kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine Dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma (masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

19) Memperbaiki Tekstur Kulit

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.


20) Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia  adalah tanda tidak sihat pada rambut.

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan menganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut yang mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.

21) Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tubuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.



22) Mengurangkan Keguguran Rambut

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kalenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

23) Rambut yang Lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari darah. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.

24) Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien  penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.

25) Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.


Di Shaklee, Vitamin C sebagai Sustained Release Vitamin C. Apa itu sustained release?  Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewanya yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 hingga 6 jam. 

Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume Vitamin C dinasihatkan minum air masak secukupnya sekurang-kurang 2 hingga 3 liter air sehari.

Alhamdulillah.. Inilah antara perkongsian mengenai Vitamin C dari Aida. Panjangkan?? Khasiatnya apabila disenaraikan memang banyak. Semoga ia memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah. Amin.

Jangan biarkan masalah anda berlanjutan lama seperti kakak kita nie menderita 7 tahun tau.. Setiap wanita inginkan wajah yang cantik berseri-seri. Hakikatnya, tak semuanya licin macam artis. 

Hanya sebab tak putus asa, kulit beliau kini... 
Jom saksikannya...




Sebarang pertanyaan, konsultasi dan order boleh hubungi saya melalui SMS/WhatsApp di :

Jom Sihat Cergas Ceria Cantik Jelita Semulajadi Lagi Selamat Bersama Shaklee 
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.*

Saya nak harga diskaun shaklee sehingga 25%

Tiada ulasan:

Pelawat RJH

Follow Us @aurarjh_byaida