5 Ogos 2017

# RESEPI

RESEPI : Brownies Kedut Dalam Sukatan Cawan

Awak suka brownies kedut? hihi.. kita geng tau.. tapi kebanyakan resepi brownies kedut yang aida jumpa dalam sukatan gram, aida memang tak suka bab gram-gram nie sebab penimbang tak de tau..huhu.. jadi hari nie aida cari gali dalam google & facebook. tadaaa! ada pun Cik Daa kongsikan resepi brownies kedut dalam sekutan cawan..yahoo!..hihi.. saya suka! thankz Cik Daa dari group Masak Apa Hari Ini. Ok tak mau panjang-panjang cite.. inilah resepinya iaitu :

Brownies Kedut dalam sukatan cawan by Cik Daa House of Sugar


Bahan A :
1/2 cawan butter
1 cawan dark chocolate Beryl's

Cara :
1. Cairkan chocolate dengan kaedah double boiler.
2. Bila chocolate dah cair, masukkan butter dan kacau hingga cair. Biarkan suam.

Bahan B :
1 cawan gula perang
1/2 cawan gula castor
2 biji telur Gred A

Cara :
Pukul semua bahan hingga sebati. Dalam 3 minit. Kacau bagi sebati saja
*tidak perlu hingga kembang
*guna whisk atau senduk, tak perlu guna mixer

Bahan C :
1 cawan tepung naik sendiri*
2 sudu besar serbuk koko *
Secubit garam *
Ayak semua bahan

Cara untuk satukan semua bahan :

1. Masukkan adunan bahan A ke dalam adunan bahan B. Kacau sebati guna whisk. Nanti akan jadi likat.

2. Kemudian masukkan bahan yang diayak tadi. Kacau sebati guna senduk. (Penting : Cuma kaup balik bagi sekata je, jangan terlebih kacau)

3. Sapukan butter pada loyang 8"x8". Alas dengan baking paper/parchment paper dan sapukan juga butter pada baking paper. Panaskan oven 160c.

4. Bakar lebih kurang 40 minit pada suhu 160c. Bila dah siap bakar, jangan terus keluarkan. Buka sedikit pintu oven. Masa ni baru kedut akan terbentuk.

Selamat mencuba (^_^)



Kerja Dapur Lebih Mudah Dengan Sabun Pencuci Pinggan Shaklee

Pinggan Mangkuk Berminyak Susah Nak Cuci!
Jangan bimbang lagi, ibu-ibu boleh dapatkan Hand Dish Wash.

Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk Shaklee ini bebas bahan kimia yang dikenali Hand Dish Wash. Sangat digemari ramai dengan haruman yang sangat lembut, sesuai untuk kulit yang sensitif (terutama kepada mereka yang alahan dengan bahan kimia).


Ia Sangat JIMAT boleh bertahan lebih 2 bulan 
Harga sebotol Hand Dish Wash cuma RM49.03 sahaja.


Ibu cuma guna beberapa titisan kecil sahaja untuk tanggalkan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk ibu. Sungguh ia berkesan! Ibu guna beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya? 


Guna sikit pun dah cukup! Sangat Berbaloi. Perjimatan Berganda. 100% Selamat dan Berkesan.

Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk Halal, Berkesan & Jimat 



Berminat untuk dapatkan Hand Dish Wash sekarang?

Tahukah Anda?   Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate. Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.

8 ulasan:

  1. Salam..kalau sy xde gula perang,nak gantikan dgn ape ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam dear, sebaiknya dear ikut je resepi atas tu. Kalau tukar gula pasir/benda lain, if tak menjadi brownies kedut..huhu.. rugi la beli coklat mahal2..tak gitu?

      Padam
  2. Sy buat guna gula biasa je..menjadi juga puan..satu cawan gula biasa..tp next time rasanya nk letak setengah je..xtahan manis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ok takpe puan ummy twin, boleh ikut citarasa puan. terima kasih atas cadangan puan.

      Padam
  3. izin copy untuk share di blog saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan dear.. jika ia bermanfaat untuk semua.. Terima kasih juga sebab sudi baca blog saya. (^_^)

      Padam
  4. kunjungi http://resepiikan.com atau http://resepimasakan.net

    BalasPadam

> Assalammualaikum wbt
> Sila tinggalkan komen anda di bawah (^_^)
> Komen satu pun jadilah..hihi

Follow Me

Follow Us @aurarjh_byaida